Monday, October 28, 2013

GOTONG-ROYONG PIBG | 2013

Antara aktiviti anjuran PIBG SK Taman Keramat 1 ialah gotong-royong  yang telah dijalankan pada 26 Oktober 2013 yang lalu. Program yang diketuai oleh En Isma Faizal | AJK PIBG telah menjalankan gotong-royong untuk mengecat semula pentas utama tapak perhimpunan sekolah ini yang dikenali sebagai Dataran Budi.
Selain itu kerja-kerja pengecatan dan pembaikpulihan juga dibuat pada pagar pasu bunga di pinggir dataran tersebut, serta tempat pakir kereta guru. Aktiviti yang menjemput semua ibu bapa penjaga warga SKTK 1 ini disetai oleh lebih dua puluh orang ibu bapa.
Dengan program ini juga pihak sekolah dan PIBG berharap dapat merapatkan silaturahim antara warga sekolah dan ibu bapa.












Sunday, March 3, 2013

Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Keramat 1 kali ki-33

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 telah diadakan pada 3 Mac 2013. Yang telah dirasmikan oleh Dato' Fuad Tan Sri Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Hal-Ehwal Khas (JASA). Beliau juga telah merasmikan tempat menunggu kenderaan yang telah diusahakan oleh PIBG sekolah ini.











Saturday, February 26, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31

Makluman kepada semua warga SKTK 1, Mesyuarat PIBG kali Ke-22 akan diadakan pada 27 Mac yang akan datang.
Surat pemberitahuan/ notis mesyuarat akan diedarkan kepada anak tuan dalam masa yang terdekat oleh Setiausaha Kehormat PIBG SK Taman Keramat 1.
semoga tahun ini sambutan yang lebih baik daripada ibu bapa untuk turut hadir dan mengambil bahagian dalam mesyuarat tersebut.
Perkembangan lanjut berkaitan perkara ini akan dimakluamkan dari masa ke semasa.

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK kepada semua warga SKTK1.
semoga kia semua mendapat keberkatan dari-Nya

Tuesday, March 30, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30

Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Keramat 1 telah dilangsungkan pada 28 Mac yang lalu bertempat di Teduhan Damai, SK Taman Keramat1.
Mesyuarat kali ini telah menyaksikan beberapa muka baru telah dilantik sebagai AJK. Antaranya termasuklah YDP yang baharu iaitu; En Rahamat b Abdul Manan menggantikan Tuan Hj Abdul Hamid b Surip yang tidak dilantik lagi pada sesi kali ini memandangkan beliau tidak lagi menjadi ahli kepada PIBG sekolah ini kerana anak-anak beliau telah tiada lagi yang bersekolah di sekolah ini. Mengikut perlembagaan persatuan, keahlian akan terbatal sekiranya anak kepada ahli tersebut tidak lagi bersekolah di sekolah ini.

Friday, February 5, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30

Makluman awal kepada ibu bapa/ Penjaga, PIBG SK Taman Keramat 1 telah mengambil ketetapan untuk mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-30 pada ketetapan berikut;
Tarikh: 28 Mac 2010 / Ahad
Tempat: Teduhan Damai SK Taman Keramat 1
Masa : 8.00pagi - 12.00tengah hari
Maklumat lanjut serta borang usul akan mula diedarkan pada minggu terakhir bulan Februari ini.
harap maklum.
SU PIBG SKTK1