Monday, July 21, 2008

PROGRAM GOTONG-ROYONG ANJURAN PIBG SKTK1

KERTAS CADANGAN PROGRAM GOTONG ROYONG

ANJURAN PIBG SK TAMAN KERAMAT 1 2008.

Tarikh : 9 Ogos 2008

Hari: Sabtu

Masa: 8.00 pagi - 11.00 pagi

Sasaran : Ibu bapa dan guru-guru SK Taman Keramat 1

1. Objektif.

1.1 Membersihkan kawasan sekolah dan sekitarnya.

1.2 Memupuk kerjasama antara ibu bapa dan guru-guru SK Taman Keramat 1.

1.3 Menambahkan kawasan hijau di kawasan SK Taman Keramat 1 dengan memberikan tumpuan kepada penanaman pokok-pokok renek seperti pokok bunga dan tanaman hiasan yang lain.

2. Operasi yang akan dijalankan.

2.1 Menanam pokok-pokok bunga yang sesuai dan menggantikan pokok-pokok bunga yang mati dan tidak subur.

2.2 Menebas, mencantas dan mengemaskan pokok-pokok bunga yang sedia ada agar kelihatan lebih menarik dan menebang atau mencantas dahan-dahan pokok yang mungkin merbahaya kepada murid-murid.

2.3 Membersihkan longkang di dalam dan sekitar kawasan sekolah yang mengakibatkan aliran air tersumbat dan boleh menyebabkan nyamuk membiak.

2.4 Mengecat tembok di bahagian luar pagar depan sekolah.

3. Pembahagian zon dan AJK yang mengetuai.

3.1 Zon 1: Kawasan Dataran Budi dan sekitarnya. Tumpuan diberikan untuk menanam semua atau membubuh baja kepada pokok-pokok bunga yang terdapat disekitarnya disamping membuang sampah sarap sekiranya ada. AJK yang mengetuai zon ini ialah En Mohammad Asmi bin Mohd Din

3.2 Zon 2 : Kawasan bahagian luar pagar depan sekolah. Pembersihan kawasan ini ditumpukan kepada pembersihan longkang dan membaja pokok-pokok hiasan yang terdapat di kawasan tersekitarnya. Tembok pagar juga dicadangkan untuk dicat supaya kelihatan lebih ceria dan bersih. AJK yang mengetuai zon ini ialah En Mohd Noordin bin Yunan. Pihak penganjur juga akan cuba mendapatkan bantuan daripada pihak Majlis Pembandaran Ampang Jaya.

3.3 Zon 3 : Kawasan kantin, pagola dan sekitar kawasan Teduhan Damai. Kerja-kerja akan ditumpukan untuk mengelokkan atau mengemaskan pokok-pokok yang terdapat pada pagola. Ini memandangkan pokok-pokok bunga hiasan yang terdapat di situ kelihatan tidak terurus. Zon ini akan diketuai oleh En Jamian bin Basar.

3.4 Zon 4: Kawasan belakang sekitar pra-sekolah dan bahagian tengah bangunan berhampiran pejabat. Tumpuan diberikan untuk membersih dan mengindahkan kawasan sekitaran tersebut. Penanaman pokok-pokok bunga tambahan juga akan diusahakan. Kawasan ini diketuai oleh Dr Zanariah dan Puan Nor Aida.

4. AJK Induk.

Penasihat : 1. Puan Nor Adibah bte Yusoff Guru Besar SKTK

2. Tuan Hj Abdul Hamid bin Surip YDP PIBG

Pengerusi : En Rahamat bin Abdul Manan.

Setiausaha : En Azman bin Hj Che Hasan.

Bendahari : En Mohd Afrizan bin Awang.

AJK : Semua AJK PIBG dan guru-guru SKTK1

5. Kos program.

5.1 Kos program ini akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG kali ke-4 pada 23 Julai 2008.

6. Lain-lain hal.

6.1 Jamuan makan, dicadangkan ibu bapa membawa makanan masing-masing dari rumah dan sebahagiannya ditampung oleh PIBG dan derma ibu bapa.

6.2 Peralatan asas seperti sabit, parang, cangkul dicadangkan dibawa oleh ibu bapa di samping pihak sekolah yang menyediakan seperti wheel Barrow, pongkas, dan alat pemangkas dahan. Manakala tambahan alatan di minta bantuan daripada pihak MPAJ.

6.3 Dari segi keselamatan, minta pihak sekolah menyediakan peti first aid kits yang mempunyai keperluan asas untuk merawat luka-luka ringan.

6.4 Pihak penganjur juga akan meminta bantuan murid-murid yang menghadiri kegiatan ko-kurikulum mereka pada hari itu untuk membantu kerja-kerja ringan.

6.5 Persetujuan dan kelulusan dan lain-lain akan dibuat dalam mesyuarat AJK kali ke-4.