Saturday, March 28, 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTK1 KALI KE-29/2009

Mesyuarat Agung PIBG SKTK1 telah diadakan pada 28 Mac 2009. Dalam mesyuarat kali ini beberapa ketetapan dan keputusan telah diambil samada dalam memperkukuhkan organisasi ini ataupun perancangan terhadap aktiviti yang akan dijalankan sepanjang sesi 2009/2010.
Ahli yang hadir juga telah sebulat suara menetapkan bayaran perkhidmatan sekolah (dulunya dikenali sebagai yuran) sebanyak RM49.50** untuk setiap murid yang belajar di sekolah ini. Derma PIBG juga telah dipersetujui sebanyak RM15.00** untuk setiap murid.
Pada pemilihan anggota jawatan kuasa baru untuk sesi 2009/2010 juga meyaksikan muka lama seperti Tn Hj Abdul Hamid b Surip dilantik semula sebagai YDP pada persatuan ini. walaupun begitu terdapat juga muka-muka baru yang telah dilantik menganggotai AJK baru ini. Kepada Tn Hj Abdul Hamid dan AJK yang telah dilantik, pihak sekolah mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas.
*Kutipan hanya dibuat selepas bulan Jun sekiranya mendapat kelulusan dari pihak Jabatan Pelajaran.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-29